KKG 2012: Penerapan Nilai @ Unsur Patriotisme dalam Dapatan Kajian

Gambar dari internet.

Saya terpanggil untuk menulis tentang penerapan nilai dalam dapatan kajian untuk memenuhi objektif kajian yang terakhir itu. Maklumlah sudah ada pelajar yang sedang menulis laporan dapatan kajian untuk aspek 6.2 hingga 6.5. Kalau tidak dinyatakan nilai-nilai tersebut, memang tidak dapat markah penuh. Walaubagaimanapun, jika nilai sahaja diterangkan, tanpa apa-apa huraian aspek lain, memang akan dapat markah 0!

Nilai/unsur patrotisme yang dipupuk dalam diri pelajar dan/atau penduduk kawasan kajian semasa atau selepas kajian dilaksanakan hendaklah dinyatakan berdasarkan aspek yang dibincangkan@dihuraikan.
Contohnya, anda telah huraikan salah satu kepentingan pasar malam iaitu "memberi peluang pekerjaan" kepada penduduk tempatan yang menganggur. Dalam satu ayat yang baru, anda terapkan nilai seperti "saya sebagai penduduk/pengunjung ..........bersyukur kerana perniagaan pasar malam ini telah mengurangkan pengangguran di kalangan penduduk tempatan."
Pemupukan nilai ini boleh dinyatakan di antara huraian-huraian atau di akhir huraian 4 kepentingan pasar malam ini seperti contoh yang saya berikan dalam post saya sebelum ini. Baca bahagian akhir sekali.

Di bahagian aspek faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit, contoh penerapan nilai ialah:
"saya menghargai usaha kerajaan tempatan yang telah menyediakan ruang untuk penduduk berniaga kecil-kecilan sekaligus dapat memajukan ekonomi negara."


Di bahagian aspek kesan-kesan negatif perniagaan runcit, salah satu contoh ialah:
"Kita hendaklah perihatin terhadap masalah sosial / kekurangan tempat letak kereta/ kebersihan yang berlaku...."


Di bahagian aspek cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit, contohnya seperti:
"Kita hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama menjaga kebersihan di pasar malam..." 

"saya berbangga dengan peniaga dan pengunjung pasar malam di sini kerana...."


Ada beberapa nilai/UP yang boleh difikirkan. Tanya diri anda sendiri nilai apa yang anda rasakan ketika menghuraikan aspek-aspek tersebut? Berbangga? Menghargai? Bertanggungjawab? Bertolak ansur? Mencintai negara Malaysia? Menghormati? Untuk apa? Kenapa?

Sekiranya anda 'pandai' bersyukur sahaja, tidak mengapa jika anda ulang-ulang kesyukuran anda dalam setiap aspek dapatan kajian :)) Inikan lebih baik daripada langsung tidak menghargai? ;)).

Comments

  1. Terima kasih banyak-banyak,cikgu

    ReplyDelete
  2. cikgu, saya nak tanya, macam mana nak buat borang soal selidik?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca post cikgu tentang kaedah kajian

      Delete
    2. cg nak tanye nie..
      kerja kursus geo adakah bleh buat dalam bentuk point contohnya:

      8.1)Menyediakan peluang pekerjaan
      - Perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga pasar minggu Kuala Ibai dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga secara keci-kecilan.

      atau kene buat perenggan dekat dapatan kajian?
      harap cg balas

      Delete
    3. buang "-" di permulaan ayat tu. Tapi contoh tu kurang tepat sebab tidak menerangkan lebih lanjut ayat sebelumnya. Peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan itu adalah kepentingan yang berbeza.

      "Perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil seperti penjual minuman dan makanan, penjual barang-barang segar, penjual pakaian dan lain-lain." Satu ayat inipun boleh saya bagi markah penuh. Kalau anda banyak idea lagi, tulislah lebih panjang lagi.

      Delete
    4. hurailah satu poin dalam satu perenggan. Poin 'peluang pekerjaan' satu perenggan. Poin 'menambahkan pendapatan' di satu perenggan lagi. Jadi kalau 4 poin, 4 perengganlah. nilai boleh ditulis dalam satu perenggan atau masukkan dalam mana2 perenggan yang menghuraikan 4 poin kepentingan pasar malam itu. Ini semua memudahkan guru anda menilai.

      Delete
  3. terima kasih cikgu kerana cikgu dah banyak tolong saya untuk buat kerja kursus ini:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum cikgu...perlu ker letak gamabar dlm dapatan kajian???

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa alaikum salam, lebih baik di letakkan di dapatan kajian di bahagian yang berkaitan. cth: gambar barangan segar diletak di aspek 'kepentingan pasar malam, poin 'menyediakan barangan segar'. Gambar pasar malam kawasan kajian boleh diletak di aspek 'konsep dan jenis perniagaan runcit di kawsan kajian'..atau di mana2 yang sesuai..

      Delete
    2. Kalau letak satu muka surat mengandungi gambar di lampiranpun boleh. Jangan lupa tulis keterangan ttg gambar tu (caption)

      Delete
  5. assalamualaikum . cikgu perlukah kita ambil gambar tempat kajian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lampiran dah memenuhi syarat 4 jenis, tak perlu. Kalau tak cukup, letak satu gambar tentang pasar malam di kawasan kajianpun dah ok tetapi gambar tu mesti ada keterangan atau 'caption'..

      Delete
  6. macam mana nak buat unsur partiotisme ?

    ReplyDelete
  7. terima kasih banyak-banyak cikgu...
    saya memang mengambil masa yang lama untuk membuat ayat UP ni...
    lepas saya baca post cikgu ni, bolehla saya lengkapkan kerja kursus saya yang tertangguh disebabkan UP ni...
    semoga hidup cikgu diberkati.....

    ReplyDelete
  8. tankx for your information ....... tankz cg

    ReplyDelete
  9. tq...very much cikgu...!sye pon x tau nk cari kt mne...sbb cikgu sye dia bersalin so x de org nk mintak bantuan..!nk tggu cikgu ganti masuk takot lambat jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..tapi pastikan yang awak tulis pasal pengnagkutan awam bukan pernigaan runcit yea..ini kkg pmr 2012.

      Delete
  10. perlu beri nilai patiotisme untuk setiap faktor atau pada akhir penerangan?

    ReplyDelete
  11. Cikgu...apakah nilai patriotisme yang sesuai untuk aktiviti ekonomi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan