Jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Satu minggu telah berlalu. Ramai pelajar masih tidak menjalankan pemerhatian dan soal selidik. Masih belum lagi membaca bahan-bahan yang boleh membantu mereka menulis dapatan kajian. Walhal peperiksaan pula semakin dekat. Menulis aspek pendahuluan, objektif, kawasan kajianpun susah walaupun telah diterangkan dan ditunjukkan contoh. Malah mereka digalakkan merujuk kepada kerja kursus tingkatan 2 untuk menulis tentang aspek-aspek tersebut. Ada yang kata, 'projek form 2' dah buang, ada kata cikgu 'tak panggil kami buat' dan ada yang tidak mahu buat walaupun dibekalkan kertas A4 percuma.

Masalah bahasa dan sikap. Cikgu tidak dapat membantu anda jika anda tidak mahu membantu diri sendiri.

Yang sudah mengumpul data dan maklumat itu, saya ucapkan syabas. Anda boleh menganalisis data dan maklumat anda supaya dapat dapat disampaikan dalam bentuk laporan dan grafik.

Selepas mentakrifkan konsep pencemaran alam sekitar, sekarang marilah pula menyatakan dan menerangkan jenis-jenis pencemaran di TBM atau kawasan kajian yang anda pilih.

Berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan soal-selidik anda, apakah pencemaran alam sekitar yang anda temui di TBM?
Mesti ramai kata pencemaran udara, kan? Ala cikgu, 'tak perlu jalan-jalan', sudah tahu. Betul.. ada banyak kenderaan di jalan raya yang padat di TBM dan kawasan sekitarnya.
'Cikgu, cikgu..rumah AR ada pembakaran terbuka'. Di TBM, ada pembakaran terbuka tak? Pelajar mengangguk. Pembakaran terbuka kalau kerap dilakukan boleh mengotorkan udara.
Kilang-kilang jua boleh menyebabkan pencemaran udara seperti kilang membuat simen, kilang kayu.
Peralatan dalam rumah seperti alat pendingin hawa dan peti ais juga mencemarkan udara. Bahan pencemar udara adalah seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, sulfur oksida, plumbum, CFC  dan (kena tulis perkataannya yang panjang hehe), cecair dan zarah-zarah debu.

Anda nyatakan jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan kajian dan kemudian terangkan apakah pencemaran udara, pencemaran bau, pencemaran bunyi dan lain-lain berserta contoh di kawasan kajian. Kalau anda terangkan satu jenis sahaja pencemaran alam sekitarpun sudah cukup untuk mendapat markah penuh.
          Menurut Iman Ahmad, 'pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga atau kebisingan melebihi 80 dB(A) mengikut situasi dan keinginan individu'. dB ialah desibel atau decible dalam bahasa Inggeris, suatu unit ukuran bunyi. 
Pencemaran bunyi di TBM terdapat di jalan raya utama yang sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk seperti Jalan Burung Hantu bla..bla..bla..Pencemaran bunyi juga di alami di .......

Di manakah terdapat pencemaran bau di kawasan kajian? Jawapan ini boleh dijawab oleh hasil daripada pemerhatian anda bersama ahli kumpulan anda.

Comments

Popular posts from this blog

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam

KKG 2012: Lampiran dan Rujukan